VE2021 Kumpulan V.E

Euphonious. Terjemahannya, merdu. Ditambah dengan harmoni dan selepas itu, menjadi halwa telinga yang menusuk ke hati. Begitulah penangan vokal VE, yang dahulu lima kini berempat. VE2021 menjanjikan pengalaman muzik epik, lebih matang yang impaknya lebih maksima.

Zaf, Cham, Adeep dan Hakim, empat suara yang kini bersatu di dalam satu Euphonious untuk projek VE2021.

Single pertama mereka untuk tahun 2021 telah menemui peminat pada 26 Mac berjudul 'Tunggu'.

Single kedua mereka menyusul 16 hari selepas itu iaitu pada 10 April berjudul 'Antara Cinta Ghairah'.

Kini, mereka sedang dalam proses untuk single ketiga. Single ketiga ini akan memberi kejutan kepada para peminat.